Sunday, 14 August 2011

Chapteh

                                                       - Diambil oleh Google Images


Chapteh 


Chapteh adalah sebuah permainan yang amat menarik kerana permainan ini perlu menggunakan badan kita. Permainan ini boleh dimain secara berkumpulan atau sendirian, dan siapa yang boleh menendang chapteh seberapa banyak kali tanpa mebuat chapteh tersebut jatuh adalah pemenangnya. Tetapi, bukan sahaja kita memakai kaki kita, kita juga menggunakan dahi, kepala atau lutut, Chapteh amat menarik dan saya masih memain permainan ini pada hari ini.

Dibuat oleh : Shaqqil Azhar (2-5)

Batu Seremban

                                            - Dipetik daripada Google Images


Batu Seremban


Batu Seremban, atau dikenali sebagai Batu Selambut, amat digemari oleh pemain-pemain perempuan. Permainan ini dimain sebagai berkumpulan, daripada dua atau lebih pemain. Objek-objek yang diguna dalam permainan ini adalah objek-objek ketulan yang berbulat, dan objek-objek ini dinama Buah. Permainan ini boleh dimain di mana sahaja, daripada ruang rumah atau pun di taman. Di dalam permainan ini ada peringkat, daripada mudah ke sukar.

Cara Bermain :



Peringkat Satu:

  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
  • Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,
Peringkat 
Dua:
  • Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
  • Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  • Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Peringkat
 Tiga:
  • Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  • Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  • Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Peringkat Empat:
  • Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
Peringkat Lima:
  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Peringkat Enam:
  • Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Peringkat Tujuh:
  • Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
  • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  • Selepas itu, hanya satu biji buah  yang akan dikutip.
  • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
  • Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut

    Dibuat Oleh : Hilmi Ishak (2-5)

Congkak (Muhd Nabil)

   Salah satu dari permainan tradisional melayu adalah congkak. Permainan congkak memerlukan dua pemain. Papan congkak dibuat dari kayu panjangnya 80 cm dan 18 cm lebar.
 Sejarah congkak
     Permainan congkak dipercayai berasal daripada Afrika atau negeri Arab menurut sumber website melayu online. Dari Timur Tengah, congkak tersebar ke Afrika. Ia pula tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Cara bermain
 -Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Manakala dua lubang besar di setiap hujung papan dipanggil "rumah".
-Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan selepasnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya.
-Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan  permainan.
-Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang ada buah, ia boleh mengambil buah lawannya itu.
-Kalau ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang ada buah, bermakna ia mati dalam kerugian.
Akhir permainan
-Di akhir permainan, tinggal hanya beberapa buah di dalam kampung masing-masing. Sekiranya salah seorang pemain kehabisan buah dalam kampung maka ianya dikira kalah.

Gasing(Amirul)


Gasing adalah popular, permainan tradisional yang dimainkan pada zaman lalu. Dalam kampong-kampong, pertandingan permainan gasing telah diadakan semasa musim padi. Orang melayu zaman lalu percaya bermainnya akan membawa nasib baik kepada kampongnya. Gasing biasanya dibuat dari buah-buah keras atau kayu. Seutas tali panjang terikat di sekitar pakunya pada tapaknya. Seorang pemain memegangnya di dalam tangannya dan memegang talinya antara jari tangan lain. Kemudian, dia akan melontarnya dan tarik talinya bersama-sama. Gasing terdapat dalam macam-macam bentuk seperti piring, jantung, rata dan telur.

Terdapat dua cara bermain dengannya. Satunya ialah memainnya di dalam sesuatu bulatan yang dilukis di tanah yang akan menjadi sesuatu 'padang' untuknya. Pemain yang gasingnya yang berpusing paling lama menang. Kalau gasingnya keluar dari bulatannya, pemainan itu pun akan kalah.









Selain daripada itu, ada satu cara bernama Gasing Pangkah. Pemain mesti langgar gasing pemain lain dengan gasing sendirinya. Gasing terakhir yang masih berpusing ialah pemenangnya. 


Permainan gasing telah menjadi semakin pupus dan kerja-kerja sudah dilakukan untuk membuat minat untuk bermainnanya dengan memegang pertandingan di Malaysia.


-gambar-gambar diambil oleh Google Images.



Sepak Takraw - Azaly(31) 2/5

Pengenalan
Sepak takraw juga boleh dikenalkan sebagai sepak raga. Perkataan sepak berasal dari perkataan Bahasa Melayu manakala perkataan takraw berasal dari Bahasa Thai yang bermakna bola. Seapk takraw bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bansa-bangsa lain juga. Bola sepak takraw dahulu diperbuat dari rotan tetapi sekarang di buat dari fiber. Negeri yang terbaik dalam sepak takraw ialah Thailand.

Pemain
Dimainkan oleh dua regu (kumpulan). Satu regu terdiri dari tiga orang. Satu orang dari tiga pemain berdiri di belakang yang dinamakan " Tekong ". Yang lagi dua pemain di hadapan, di kiri dinamakan Apit Kiri yang di kanan Apit Kanan.



Concord Primary West-Zone Final(Champion)

Cara Bermain
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada Tekong. Tekong akan menendang bola dengan kakinya ke arah pemain lain. Mereka harus menimang dan mengawal bola supaya tidak jatuh.

ANGKA (Point)
Angka kemenangan untuk satu set ialag 21 point. Jika dua regu dapat angka yang sama , permainan akan diteruskan dengan set yang ketiga. Angka kemenangan untuk set ketiga adalah 18 point.