Sunday, 14 August 2011

Congkak (Muhd Nabil)

   Salah satu dari permainan tradisional melayu adalah congkak. Permainan congkak memerlukan dua pemain. Papan congkak dibuat dari kayu panjangnya 80 cm dan 18 cm lebar.
 Sejarah congkak
     Permainan congkak dipercayai berasal daripada Afrika atau negeri Arab menurut sumber website melayu online. Dari Timur Tengah, congkak tersebar ke Afrika. Ia pula tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Cara bermain
 -Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Manakala dua lubang besar di setiap hujung papan dipanggil "rumah".
-Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan selepasnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya.
-Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan  permainan.
-Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang ada buah, ia boleh mengambil buah lawannya itu.
-Kalau ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang ada buah, bermakna ia mati dalam kerugian.
Akhir permainan
-Di akhir permainan, tinggal hanya beberapa buah di dalam kampung masing-masing. Sekiranya salah seorang pemain kehabisan buah dalam kampung maka ianya dikira kalah.

No comments:

Post a Comment